TAJUK :
Sejarah, Masalah dan Penyelesaian Masjid Al-Jamiul Badawi,Kepala Batas
DISEDIAKAN UNTUK :
Ustaz Abd. Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU 151
DISEDIAKAN OLEH :
Nur Zailis binti Ishak
No. Matrik : 2010405438
Kumpulan : ASD2Dn
PROGRAM :
Diploma Sains
TARIKH HANTAR :
27 Februari 2011
=======================
ISI KANDUNGAN
=======================
1. Abstrak Masjid
2. Pendahuluan
3. Pengertian Masjid
4. Sejarah Penubuhan
5. Objektif ,Visi & Misi
6. Pegawai dan Jawatankuasa Masjid
7. Masalah dan Penyelesaian
8. Penutup
9. Bibliografi
============
ABSTRAK
============
Gambaran Depan Masjid al-Jamiul Badawi
Tanah Perkuburan
==================
PENDAHULUAN
==================
Alhamdulillah syukur kepada Allah dengan izinnya saya dapat siapkan tugasan ini dengan lancarnya. Terima kasih juga kepada pensyarah yang memberi tunjuk ajar cara membuat tugasan ini, juga tidak lupa kepada keluarga yang telah banyak memberi sokongan dan membantu saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih juga kepada Dato’ Hj. Abdul Rahim Bin Abu Bakar iaitu mantan imam masjid Al-Jamiul Badawi yang telah sudi ditemu ramah dan telah memberi saya banyak informasi mengenai tugasan ini.
=======================
PENGERTIAN MASJID
=======================
Masjid, secara bahasa, adalah tempat sujud. Adapun secara syar’i, masjid adalah tempat yang dipersiapkan untuk digunakan solat lima waktu secara berjamaah oleh kaum muslimin.
Akan tetapi, terkadang mesjid mempunyai arti yang lebih luas dari itu. Kerana tempat yang dijadikan oleh seseorang di rumahnya untuk melaksanakan solat sunnah atau solat wajib karena dia tidak mampu untuk solat di masjid, yang orang-orang mendirikan solat berjamaah di dalamnya, dinamakan masjid pula.
Di antara dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari: 323 dan selainnya dari Jabir bin Abdillah, Rasulullah SAW bersabda,
أُعْطِيْتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ قَبْلِي نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيْرَةَ شَهْرٍ وَ جُعِلَتْ لِي اْلأَرْضُ مَسْجِدًا وَ طَهُوْرًا فَأَيُّمَا رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي أَدْرَكَتْهُ الصَّلاَةُ فَلْيُصَلّ
“Aku diberi lima hal yang tidak diberikan kepada seorang pun sebelumku: aku dimenangkan dengan perasaan takut yang menimpa musuhku dengan jarak sebulan perjalanan, bumi dijadikan bagiku sebagai masjid dan suci, siapa pun dari umatku yang menjumpai waktu solat maka solatlah….”
Dari sudut bahasa arab pula, masjid dengan kasroh pada huruf jim- dalam bahasa Arab adalah isim makan (kata keterangan tempat) dari kata arti bersujud yang menyelisihi timbangan aslinya iaitu dengan fathah pada huruf jim. Maka erti adalah tempat bersujud.
Nabi Muhammad s.w.t bersabda, “dan (seluruh permukaan) bumi ini telah dijadikan untukku sebagai tempat bersujud dan alat bersuci.”(Muttafaq ualaihi)
Adapun menurut istilah yang dimaksud masjid adalah suatu bangunan yang memiliki batas-batas tertentu yang didirikan untuk tujuan beribadah kepada Allah seperti solat, zikir,membaca al-Quran dan ibadah lainnya. Dan lebih spesifik lagi yang dimaksud masjid di sini
adalah tempat didirikannya shalat berjamaah, baik ditegakkan di dalamnya solat jumaatmahupun tidak. Allah berfirman,”(tetapi) janganlah kamu campuri mereka (isteri-isteri kamu) itu sedang kamu beritikaf dalam masjid ”(QS. al-Baqarah: 187)
adalah tempat didirikannya shalat berjamaah, baik ditegakkan di dalamnya solat jumaatmahupun tidak. Allah berfirman,”(tetapi) janganlah kamu campuri mereka (isteri-isteri kamu) itu sedang kamu beritikaf dalam masjid ”(QS. al-Baqarah: 187)
“Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorangpun di dalamnya di samping (menyembah) Allah”.(QS. al-Jin:18)
“Dan siapakah yang lebih aniaya daripada orang yang menghalang -halangi menyebut nama
Allah dalam masjid-masjid Nya dan berusaha untuk merobohkannya? Mereka itu tidaksepatutnya masuk ke dalamnya (masjid Allah), kecuali dengan rasa takut (kepada Allah).Mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat siksa yang berat” (QS. al-Baqarah:114)
Allah dalam masjid-masjid Nya dan berusaha untuk merobohkannya? Mereka itu tidaksepatutnya masuk ke dalamnya (masjid Allah), kecuali dengan rasa takut (kepada Allah).Mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat siksa yang berat” (QS. al-Baqarah:114)
“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan sholat, menuaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan
termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk” (QS. at-Taubah:18)
termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk” (QS. at-Taubah:18)
==============================
SEJARAH PENUBUHAN
==============================
Sebuah masjid yang hanya berdindingkan kayu dan berbumbungkan atap telah dibina pada 1784 di sebidang tanah Lebai Abdul Kadir. Masjid yang bersebelahan tanah perkuburan juga tanah Lebai Abdul Kadir itu telah dimanfaatkan oleh semua penduduk kampung. Setelah itu, para ulama, tok-tok guru di masjid itu serta penduduk kampong telah bersepakat untuk membina masjid yang lebih besar kerana bilangan penduduk saban hari semakin meningkat bilangannya.
Masjid Permatang Bertam telah ditubuhkan pada 1804 di atas tanah yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah. Masjid itu adadlah berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam. Alhamdulillaah, keluasannya telah memuatkan penduduk sekitar untuk berjemaah di situ. Apabila penduduk Islam semakin ramai di kawasan itu, satu lagi masjid telah dibina di atas tanah milik datuk dan nenek kepada Tuan Haji Ahmad Bin Haji Man. Kawasan ini lebih berhampiran dengan Pekan Kepala Batas telah menjadi pusat tumpuan ibadah dan pusat perkembangan Islam sehingga tahun 1854.
Perkembangan Islam semakin rancak dan bertambah banyak saudara Islam di kawasan itu pada tahun 1854 menyebabkan masyarakat Islam di kawasan itu telah mencapai kata sepakat untuk membina masjid yang lebih besar untuk keselesaan masyarakat Islam. Tapak pembinaan masjid adalah tapak masjid sekarang. Pada masa itu, Allahyarham Tok Deris dan Allahyarham Tuan Haji Ibrahim bin Haji Mohd Tahir lah yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan urusan pembinaan ini untuk dibentangkan kepada Pegawai Daerah. Pelan itu telah diterima pakai oleh Jawatankuasa Pembinaan Masjid Pajak Song.
Pada tahun 1964, bangunan masjid ini telah dirobohkan untuk membina masjid yang baru dengan kelulusan dan peruntukan RM100,000 dari Kerajaan Pusat iaitu Kementerian Pembangunan Negara dari Luar Bandar. Peruntukan ini juga disokong oleh dermaan dari orang ramai sebanyak RM67,000. Masjid ini yang telah kukuh dibina dan telah diguna pakai sehingga sekarang adalah hasil usaha gigih Allahyarham Dato’ Haji Ahmad Badawi bin Haji Abdullah Fahim pada tahun 1963 merancang pembinaan masjid baru untuk menggantikan masjid yang lama di atas tapak yang sama. Allahyarham Dato’ Haji Ahmad Badawi yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi kawasan Kepala Batas dan Ahli Dewan Undangan Negara Malaysia serta Nazir, Imam masjid ini telah banyak berjasa kepada penubuhan masjid ini.
Masjid baru itu telah disiapkan sepenuhnya pada tahun 1965 dengan perbelanjaan RM167,000 setelah masjid lama teleh dirobohkan pada tahun 1964. Pada awal tahun 1966, masjid ini telah boleh diguna pakai sepenuhnya oleh masyarakat Islam sekitar kawasan Kepala Batas setelah kerja-kerja melengkapkan alat-alat dan perkakas-perkakasan yang lain yang berkaitan seperti sejadah, al-Quran, Hadis, majalah ilmiah, bekalan air dan elektrik dan sebagainya.
Pada 2 September 1966 bersamaan 17hb Jamdil Awal 1386 hari jumaat, masjid ini telah dirasmikan oleh YAB Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussain iaitu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar serta Menteri Pertahanan Malaysia. Nama masjid ini telah dinmakan sempena nama Allahyarham Dato’ Haji Ahmad Badawi bin Haji Abdullah Fahim di atas sumbangan dan jasa beliau. Masjid ini dinamakan Masjid al-Jamiul Badawi, Kepala Batas
=========================================
OBJEKTIF , VISI & MISI
=========================================
ð OBJEKTIF
Tujuan penubuhan Masjid al-Jamiul Badawi ini adalah untuk memudahkan interaksi antara para ulama serta tempat perbincangan masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh masjid. Oleh itu, institusi ini akan berkembang pesat dengan pentadbiran yang cekap dan efisien serta menaikkan martabat Islam.
Menambahkan lagi kemuliaan dan ke Agongan rumah Allah sebagai tempat ibadah yang lengkap dan budaya saing.
ð MISI
Memudahkan penyebaran dakwah kepada masyarakat mengenai hal-hal yang berkaitan Islam. Menjadi tempat tumpuan beribadah masyarakat setempat, pusat penyebaran Islam dan pusat kegiatan-kegiatan Islam.
ð VISI
Meningkatkan martabat institusi masjid dalam kalangan masyarakat. Membolehkan peyebaran Islam berjalan dengan mantap dan menarik masyarakat untuk menjadikan masjid sebagai pusat ilmu.
========================================
PEGAWAI DAN JAWATANKUASA MASJID
========================================
PEGAWAI MASJID AL-JAMIUL BADAWI
v Imam 1 :
Ismail Bin Saad (75 tahun)
v Imam 2 :
Muhamad Fadzli Bin Mohd Zain (41 tahun)
v Imam 3 :
Mohammad Amin Bin Abd. Mujahid (47 tahun)
v Bilal 1 :
Ismail Bin Daud (79 tahun)
v Bilal 2 :
Ahmad Bin Din (72 tahun)
v Bilal 3 :
Ramli Bin Haji Abdul Rahman (61 tahun)
JAWATANKUASA MASJID AL-JAMIUL BADAWI
v Pengerusi :
Dato’ Hj. Arshad Bin Hj. Zakaria (72 tahun)
v Timbalan Pengerusi :
Dato’ Hj. Md. Noor Bin Ahmad (71 tahun)
v Setiausaha :
Hj. Mohamed Bin Hj. Aboo Bakar (71 tahun)
v AJK 1 :
Mohd Salleh Bin Rashid (56 tahun)
v AJK 2 :
Abdul Rahman Bin Khamis (54 tahun)
v AJK 3 :
Hj. Shamsudin Bin Hassan (63 tahun)
v AJK 4 :
Mohd Hilmi Bin Basarudin (24 tahun)
v AJK 5 :
Fadzilah Bt. Osman (50 tahun)
v AJK 6 :
Dato’ Ahmad Shakir Bin Othman (72 tahun)
v AJK 7 :
Hjh. Zabariah Bt. Wahab (63 tahun)
v PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 :
Hj. Sulaiman Bin Hj. Adamsah (50 tahun)
v PEMERIKSA KIRA-KIRA 2 :
Abd. Rahman Bin Wahab (63 tahun)
================================
MASALAH DAN PENYELESAIAN
================================
v Setiap masjid pasti akan menyediakan kemudahan seperti yang ada di masjid al-Jamiul Badawi ini contohnya tandas, kolam air wuduk dan tempat mengambil wuduk. Masalah yang pernah dihadapi oleh masjid ini adalah kemudahan ini tidak dijaga oleh orang awam sehingga kelihatan kotor kerana ada juga sebahagian kanak-kanak di kawasan ini turut menjalani ibadah di masjid ini. Jalan penyelesaiannya ahli-ahli jawatankuasa dan para pegawai masjid telah membuat mesyuarat dan telah mempersetujui untuk menyediakan seorang pekerja wanita untuk membersihkan ruangan masjid setiap hari.
v Setiap hari, penduduk di sekitar masjid akan datang beribadat di masjid ini, malah ada juga musafir-musafir yang dalam perjalanan akan singgah di masjid ini kerana kedudukannya bersebelahan dengan jalan raya. Masalah yang pernah dihadapi oleh masjid ini adalah tiada tempat meletak kenderaan dan hampir setiap hari pemilik-pemilik kenderaan yang datang ke masjid ini meletak kenderaan mereka dalam keadaan yang tidak teratur dan menyukarkan perjalanan kenderaan yang lalu-lalang. Oleh itu, salah seorang penduduk kampung telah membuat cadangan untuk menyediakan tempat letak kenderaan, dan cadangan itu telah dipersetujui oleh para ahli jawatankuasa masjid dengan bantuan kerajaan negeri Pulau Pinang.
v Tabung dermaan pasti ada di setiap masjid. Begitu juga kemudahan bahan bacaan, masjid telah menyediakan perpustakaan mini yang mengandungi buku dan majalah ilmiah, buku-buku agama, buku- sejarah, dan tafsir al-Quran. Surah yassin dan al-Quran juga turut disediakan. Masalah yang dihadapi ialah kes kecurian yang sering berlaku. Untuk menangani masalah ini, jawatankuasa masjid telah memasang CCTV di dalam masjid bagi mengelakkan lebih banyak barang masjid hilang.
v Azan akan dilaungkan pada setiap masuknya waktu solat oleh setiap masjid. Sebelum ini, azan yang dilaungkan pasti tidak didengar oleh penduduk sekitar kerana ketiadaan alat pembesar suara, hanya jemaah yang berada di dalm masjid itu sahaja yang boleh mendengar. Oleh itu, ahli-ahli jawatankuasa masjid telah sebulat suara untuk menyediakan P.A System dan alat pembesar suara untuk kemudahan penduduk sekitar.
v Yang hidup pasti akan mati. Dahulu, apabila ada kematian, ahli keluarga si mati itulah yang akan menyediakan segala-galanya seperti alat-alat untuk mengapankan si mati dan perkakas untuk mengadakan kenduri arwah. Tetapi sekarang, untuk memudahkan urusan pengkebumian dan bagi meringankan beban keluarga si mati itu, masjid telah menyediakan perkakasan untuk kematian dan kenduri seperti van jenazah, keranda mayat, peralatan dan barang-barang mengapankan mayat. Pinggan mangkuk, cawan, dan periuk turut disediakan bagi kemudahan kenduri. Tempat stor berada berdekatan masjid yang telah diwakafkan oleh salah seorang penduduk kampung ini.
v Kini, sudah banyak kemudahan yang telah disediakan oleh Masjid al-Jamiul Badawi, ditambah pula dengan kewujudan mesin elektronik bank Islam di hadapan masjid. Dengan menambahkan kemudahan ini, masyarakat sekitar tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke bank tersebut yang jarak sejauh 2km dari kampung itu untuk menguruskan keluar masuk wang dari akaun mereka.
=================
PENUTUP
=================
Masjid adalah lambang kepada kepatuhan dan pengabdian kita sebagai umat Islam kepada Allah s.w.t. ia juga bermaksud tempat umat Islam melakukan ibadat untuk mengabdikan dirinya kepada Allah s.w.t. dalam erti tang lain, masjid berperanan sebagai pusat komuniti dimana masyarakat berkumpul untuk tujuan beribadah. Bagi tujuan tersebut, berbagai-bagai program ilmiah sentiasa diadakan. Dalam satu istilah, program-program ini biasa disebut sebagai "ta'mir" yang bermaksud "pengisian", iaitu mengisi wadah berkenaan dengan berbagai aktiviti yang boleh menjayakan fungsi nya yang telah ditetapkan.
Nyatalah bahawa masjid itu berperanan sebagai pusat ibadat. Bagaimana pun, ibadat itu konsep nya luas sekali, sama luasnya dengan ruang hidup manusia itu sendiri. Kerana itulah Allah s.w. menegaskan dalam al-Quran bahawa objektif penciptaan manusia ialah ibadah dan manusia tidak disuruh kecuali melakukan ibadah dengan secara ikhlas dan penuh pengabdian.Malah dalam keadaan yang tertentu masjid perlu berperanan menjadi pusat perlindungan bagi sesetengah kalangan yang sangat memerlukan. Bagi tujuan ini masjid perlu mempunyai asas kewangan yang kukuh.
Ini bererti bahawa masjid boleh menerima apa saja program yang bertujuan baik bagi faedah umat manusia, asalkan saja bertujuan untuk merialisasikan kepatuhan kepada Allah s.w.t
Yang paling utama sekali dari perspektif ini ialah masjid perlu melambangkan perpaduan ummah bagi semua peringkat. Peranan ini telah dimainkan dengan jayanya oleh masjid al-haram apabila ka’bah yang merupakan sebahagian Masjid al-Haram menjadi kiblat sembahyang bagi semua orang Islam dan ia sendiri menandai pusat tumpuan dalam ibadat haji. Secara mudah, kiblat bererti lambang kesatuan ummah. Ini bererti, Masjid al-Haram dengan ka'bah nya merupaka lambang kesatuan umat Islam dan pusat tumpuan mereka dalam merialisasikan penghayatan kepada lambang berkenaan.
Firman Allah didalam Al-Qur''an:" Yang akan memakmurkan masjid-masjid hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan dihari kemudian, mendirikan solat, membayar zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al-Qur''an Surat At Taubah ayat 18).
==================
BIBLIOGRAFI
==================
http://konsultasisyariah.com/pengertian-masjid
http://maps.google.com.my/maps/place?hl=en&biw=1419&bih=699&rlz=1W1GFRE_en&wrapid=tlif1296803418105341&um=1&ie=UTF-8&q=masjid&fb=1&gl=my&hq=masjid&hnear=Kepala+Batas,+Penang&cid=6704203841234761242
Majalah Al-Furqon, edisi 5, tahun ke-4 1425 H
http://www.scribd.com/doc/38387322/Definisi-masjid